Berita baik dari Najib sempena 100 hari dilantik jadi PM

Jul 11

najib angkat tangan

Aku baru baca dari Utusan Online; Najib ada berita gembira sempena genap 100 hari beliau jadi PM. Dah 100 hari rupanya, ingatkan baru kejap je.

KUALA LUMPUR 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat Malaysia sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.

11 perkara tersebut ialah:-

1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.

2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.

3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.

4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang

5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.


6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.

7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini

8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.

9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.

10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.

11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.

- Utusan

Aku rasa ramai yang hepi pasal 20 peratus diskaun tol tu, kesian mereka yang ulang alik hari2 kena bayar tol memahal. Ni dapat diskaun 20% ok lah sikit. (point no 1)

Point no 2, ini yang aku nak dengar sangat, langkah drastik kurangkan jenayah dan rasuah. Jenayah semakin hari semakin bertambah dan makin ganas, pihak kerajaan memang kena ambik berat pasal ini. Dulu boleh lah bangga mengaku Malaysia negara aman, tapi sekarang aman sangat ke? Bunuh sana, bunuh sini….rogol, gaduh, rompak, ragut dll. Macam2 jenayah la sekarang, sampai orang ramai pun dah meragui kredibiliti pihak berkuasa terutamanya polis.

Pasal rasuah tu, harap jangan janji nak hapuskan je. Khutbah jumaat ari tu pun sebut pasal rasuah, di kalangan ahli politik…pegawai kerajaan, institusi swasta dll. Jumlah kes tahunan semakin meningkat ada lah. Jangan bagi negara korup sangat, kalau tak memang lingkup la.

Sebenarnya, aku dah lama expect pengumuman pasal ini, Hapuskan Monopoli TM dan kadar bayaran Internet dikurangkan 50%, haha…tapi itu sangat mustahil lah aku rasa. Kalau betul2 Najib umum macam tu, konfem ramai gila yang hepi punya ah.

Jangan salah faham, aku bukan pro najib. Cuma nak quote berita je. Jangan nak ambil kisah pasal Michael Jackson, Chrome OS, Sarah Palin, Video Farawahida dan Julfekar dll je…berita hal negara lah yang patut kita utama kan? Ye tak anda semua?

Random Posts:

Related Posts with Thumbnails

14 comments

  1. pear muzzafarsalleh.com (7 comments.) /

    percubaan najib untuk menarik hati rakyat…
    pear´s last blog ..Cara menaikkan TRAFFIK dengan pantas! My ComLuv Profile

  2. Lebih2 lagi dimusim mengundi kan? haha

  3. HuRuL_AiNi hurulaini.net (8 comments.) /

    aku nak tengok no 8 nanti jadi macam mana….hohoho…
    HuRuL_AiNi´s last blog ..Payahnya hidup tanpa lelaki… My ComLuv Profile

  4. Khai justkhai.com (10 comments.) /

    korang ni dia buat baik salah, buat jahat salah.. hehehe.. bersyukurlah tanpa sebarang prasangka.. jeng jeng jeng..
    Khai´s last blog ..Justkhai di Utusan Malaysia My ComLuv Profile

  5. haikal pas123.blogspot.com /

    biasalah, dulu hapuskan cukai jalan motosikal sebelom hapus gedebut gedebat +- rm 100.00, bila dah hapus kena rm150.00.
    haikal´s last blog ..Bangsa Melayu My ComLuv Profile

  6. ISA encik Najib taknak hapus ke?

    Oh aku dengar ada demo nak bantah ISA pada 1 Ogos nieh…

  7. Luth Textile luthtextile.com (3 comments.) /

    diorang dah tolong kita, dah bagi kemudahan kat kita itu ini lagi kita nak kutuk org yang memberi tu? bersyukurlah dengan apa yang orang berikan kepada kita. Tq PM. I’ll support u
    Luth Textile´s last blog ..10 Fakta yang Aku Suka Tentang Nasi Kandar My ComLuv Profile

    • Kalau dah jadi orang ternama cam tokoh politik, artis dsb…kena lah sedia menghadapi kritikan dan tohmahan…

      Itu lumrah, kita tak boleh buat apa…kita tak mampu tutup mulut orang lain kan? :P

  8. azizwan(dot)com azizwan.com (3 comments.) /

    alhamdulillah.. lps ni takde la lg masalah air kat sabah ni.. tp jgn ckp je lebih, buatnya takde. kui3 :((
    azizwan(dot)com´s last blog ..Jom sertai contest weblog popular 1Malaysia anjuran Denaihati My ComLuv Profile

    • Arap camtu lah, kesian kat orang2 belah sana…masalah air memang dari dulu tak pernah setel…jangan janji kosong sudah…nanti kalo kalah election terus lupa janji…

      rakyat tak nak macam tu oke? :?

  9. TintaLuhur tintaluhur.blogspot.com (3 comments.) /

    em, aku musykil r no.6 tu, skang ni x cukup mudah lg ke proses pendaftran JPN ni? nak mudah macam mane lg?

    pastu no.7 tu plak kewarganegaraan dari org luar, punya la byk dia bg..x cukup ramai lg rakyat negara sendiri, rakyat negara org len plak dia bg..

    bkn ape.. aku nampak ni mcm satu taktik je utk dptkan pengundi hantu ms pilihan raya…aku penah bace blog, rakyat filipina mgaku dia penah mengundi disabah..ape ke jadahnye?

    pelik2 X( bosan r nk layan kerenah politik malaysia ni..ntah pape..
    TintaLuhur´s last blog ..Ceroboh Penapis Web Dengan ultraVPN My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)