Archive | Personal RSS feed for this section

My whole new computer desk

10 Jan

10012010018 thumb My whole new computer desk

Salam! Sebelum ini aku pernah bagitau yang aku sedang merancang nak beli komputer baru. Sekarang ni, plan itu sudahpun jadi kenyataan, aku sudahpun membeli satu set komputer baru.

Entri ini aku letak gambar je bebanyak, malas nak tulis panjang2, so tengok la kalau ada masa :P

(more…)

Final exam dalam masa kurang 2 minggu lagi

22 Oct

image thumb28 Final exam dalam masa kurang 2 minggu lagi

Aku akan menempuh peperiksaan akhir semester 5 pada 4/11/2009 hingga 20/11/2009 dan jika dihitung2 masa yang tinggal kurang 2 minggu sahaja lagi.

Aku tengok member2 semua dah rajin stadi dan buat past year. Aku je dok rilek2, haha. Tapi since aku dah janji pada diri sendiri, ngan awek dan ngan famili yang aku tak nak ada paper yang fail sem ini aku kena stadi hard jugak la. Masa untuk main komputer, DotA, blogging, tweeting, facebooking dll kena kurang la. Lebihkan kepada membaca buku dan stadi, stadi dan stadiiiii sampai la exam.

Malam ni kolej aku buat solat hajat dan bacaan yassin sempena exam, dan aku sebagai ahli MPP kena buat notis pemberitahuan pelajar2 mengenai aktiviti ini. Since aku tak suka buat benda formal sangat aku pun buat la notis simple seperti yang korang boleh lihat ini;

(more…)

Aku memang sibuk dan tiada masa update blog

27 Jul

Salam! Aku memang sibuk 2,3 minggu ni. Takde masa nak update blog, reply komen2. Nak bertweet dan berpesbuk pun memang takde masa. Disebabkan dah lama tak update aku nak summarize apa yang berlaku dalam hidup aku, kenapa aku sibuk sangat nih.

InsyaAllah lepas ni ada masa aku akan update selalu blog ini, blog JomPHP serta beberapa blog aku yang lain. Sebenarnya aku sibuk dengan beberapa perkara dan event, sangat penat sampai tak cukup tido malam tu. Ini antara beberapa event yang berlaku di sekitar aku dalam 2,3 minggu ni.

ipsa family day, family day ipsa

1. IPSA Family Day 250709

Aku terlibat dengan famili day IPSA di Batu Feringgi. Sibuk dengan tugas beli barang, sibuk dengan pergi survey tempat, sibuk dengan kerja PA system dll. Hari family day tu aku main beberapa acara gak la, paling syok main isi air lam botol pakai straw dan main tarik tali. Memang penat gila, tapi tu ah syok gak. Batch kami, pharmacy third year menang woo main tarik tali tu.

Dari pagi sampai ke malam kena bekerja keras nak pastikan event tu succesful. First time handle PA system memang kelam kabut gak la aku tapi lepas pada tu ok lah sikit. Mungkin lepas ini aku akan lebih prepare kalo ditugaskan untuk PA system lagi. Since buat kat Batu Feringgi ramai la yang pergi main air, main pasir dll. Aku pun tak terkecuali. Best gila time penat2 tu aku p terjun mandi lam pantai terus segar badan rasanya. Haha!

Event berlangsung dengan jayanya walau ada sedikit kekurangan. Biasa la, mana nak perfect kan? Yang penting semua orang berikan kerjasama yang bagus untuk laksanakan event ni. Tahniah! Balik malam tu aku tido kol 12 malam dan bangkit tengah hari. Lena yang panjang. Syabas! Tapi nyesal sket la.

Syukur Alhamdulillah event tu dah berakhir, lepas ni tak payah runsing kepala memikirkan benda ni. Dah ada masa nak rilek sikit.

(more…)

Cerita pasal phone, sukan sekolah, kedai ikan dan ayam goreng…

6 May

sindibad thumb Cerita pasal phone, sukan sekolah, kedai ikan dan ayam goreng…

Salam! Petang tadi saya agak bosan, jadi keluar sekejap pergi bandar Tanah Merah. Agak kerap juga saya pergi bandar sejak balik ni, haha takkan asyik duduk mengadap laptop sahaja 24/7. Rosak mata, rosak otak juga lama2. zz 2 Cerita pasal phone, sukan sekolah, kedai ikan dan ayam goreng…

Niat asalnya cuma nak baiki 2 biji phone yang rosak, alang2 pergi kedai tu baik pergi round, jalan2 sikit. Tangki penuh, pergi je kat mana yang suka.

(more…)

Arghhh…bad dream ;(

19 Mar

bad dream

Argh…last night sucks, i had a bad, bad dream…jcdragon-lines

(more…)

Page 1 of 3123Next