Archive | Pharmacy RSS feed for this section

Aku memang sibuk dan tiada masa update blog

27 Jul

Salam! Aku memang sibuk 2,3 minggu ni. Takde masa nak update blog, reply komen2. Nak bertweet dan berpesbuk pun memang takde masa. Disebabkan dah lama tak update aku nak summarize apa yang berlaku dalam hidup aku, kenapa aku sibuk sangat nih.

InsyaAllah lepas ni ada masa aku akan update selalu blog ini, blog JomPHP serta beberapa blog aku yang lain. Sebenarnya aku sibuk dengan beberapa perkara dan event, sangat penat sampai tak cukup tido malam tu. Ini antara beberapa event yang berlaku di sekitar aku dalam 2,3 minggu ni.

ipsa family day, family day ipsa

1. IPSA Family Day 250709

Aku terlibat dengan famili day IPSA di Batu Feringgi. Sibuk dengan tugas beli barang, sibuk dengan pergi survey tempat, sibuk dengan kerja PA system dll. Hari family day tu aku main beberapa acara gak la, paling syok main isi air lam botol pakai straw dan main tarik tali. Memang penat gila, tapi tu ah syok gak. Batch kami, pharmacy third year menang woo main tarik tali tu.

Dari pagi sampai ke malam kena bekerja keras nak pastikan event tu succesful. First time handle PA system memang kelam kabut gak la aku tapi lepas pada tu ok lah sikit. Mungkin lepas ini aku akan lebih prepare kalo ditugaskan untuk PA system lagi. Since buat kat Batu Feringgi ramai la yang pergi main air, main pasir dll. Aku pun tak terkecuali. Best gila time penat2 tu aku p terjun mandi lam pantai terus segar badan rasanya. Haha!

Event berlangsung dengan jayanya walau ada sedikit kekurangan. Biasa la, mana nak perfect kan? Yang penting semua orang berikan kerjasama yang bagus untuk laksanakan event ni. Tahniah! Balik malam tu aku tido kol 12 malam dan bangkit tengah hari. Lena yang panjang. Syabas! Tapi nyesal sket la.

Syukur Alhamdulillah event tu dah berakhir, lepas ni tak payah runsing kepala memikirkan benda ni. Dah ada masa nak rilek sikit.

(more…)

Harap2 aku tak jadi gila sebab stress :(

7 Jul

aku memang stress...serius tak tipu

Baru masuk sem baru aku dah stress gila. Stress yang bukan kepalang, bukan calang2 orang boleh menanggungnya. Orang lain semua happy je bila masuk sem baru tapi aku sebaliknya. Aku tak mampu nak senyum pun depan awek sendiri. Dengan semua orang aku buat muka cool je, tapi sebenarnya hati aku memang berkecamuk, sedih, kecewa dengan hakikat.

Ini semua akibat aku tak pass exam, atau lebih tepat GAGAL dalam exam tempoh ari. Exam ulangan paper yang aku ambil pada first year lagi. Result exam yang aku dapat tak berbaloi dengan apa aku belajar dan usaha. Sama cam aku tak belajar langsung. Even mengulang paper tapi aku dapat result yang lagi rendah dari sebelumnya. Aku dah membazir masa, wang dan segala usaha tidak langsung berfaedah. Aku hancurkan harapan aku sendiri, keluarga, awek, kawan2, lecturer dll.

Tahun ini aku dah tahun 3, amek degree pharmacy USM. Kawan2 semua hebat2, pointer tinggi sampai ada yang dapat dean list, lagi dua tahun mereka dah grad. Tapi aku dengan pointer rendah, dengan banyak paper kena repeat dan drop, tak tau la bila aku boleh grad. Ataupun dengan beberapa siri kegagalan yang dahsyat ini dan sukar diterima akal, menandakan yang sudah tiada jodoh antara aku dengan course yang aku ambil ini? zz 4 Harap2 aku tak jadi gila sebab stress :(

(more…)

Musim exam dah tiba ya kawan2, cuti blogging kejap!

5 Apr

study for exam

Salam semua! Dah lama tak update blog ini…dan lepas ni pon mungkin blog ini akan jarang atau tiada update langsung.

Saya akan menghadapi peperiksaan final sem 4 minggu depan, 14/4- 27/4. Bermula dari hari ini, saya akan lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran daripada aktiviti berblogging. Selepas exam tamat, insyaAllah saya akan kembali blogging seperti biasa.

Good luck semua, kpd kawan2 n awek. Jumpa lagi! ;)

(more…)

Cadangan untuk beli hadiah kepada lecturer aku

15 Mar

mystery gift 2

Dah lama tak update blog ini…asyik2 tulis kat JomPHP je…nak tulis kat cni pun xde idea sangat…

Back to the title, minggu depan kami akan buat majlis farewell kepada sorang lecturer…beliau bakal menerima PhD dan bergelar Dr dalam masa terdekat ni…pastu beliau akan berpindah ke US plak untuk tinggal disana ngan isteri…

Masalahnya sekarang kami xtau nak beli apa bagi kat dia sebagai hadiah perpisahan, kira untuk kenang-kenangan lah nie…so eins nak mtk tolong, jika anda ada pape idea boleh bagitau ya!

(more…)

Cerita tentang public health campaign (part 1)

26 Dec

EiNS is listening to: Hujan – Bila aku sudah tiada.mp3

pa210142 Cerita tentang public health campaign (part 1)

Askum readers sekalian, lama tak update blog…huhu maklumlah sibuk, sem baru dah mula dan baru je lepas habis public health campaign di Queensbay Mall.

Petang jumaat ni mengantuk, pening sikit2 sbb dah dua ari rasa cam demam…tapi dari aku tido camtu je baik tulis blog, boleh share2 experience ngan readers gak kan?

(more…)

Page 1 of 212Next