Aku menang WPWebHost Giveaway – keahlian Elegant Themes selama setahun

Jun 30

wpwh new look giveaway Aku menang WPWebHost Giveaway – keahlian Elegant Themes selama setahun

Seminggu lepas aku ada masuk la contest WPWebhost New Look Giveaway, contest mudah je hanya perlu komen dan pemenang akan dipilih secara random.

Hari ini, aku check email dan dapat berita baik, admin WPWebhost antar email kat aku dan bagitahu aku menang contest giveaway tersebut. Hadiahnya ialah keahlian Elegant Themes tanpa had selama setahun. Senarai pemenang boleh di lihat di sini.

Read More

Bila eins design blog farmasi…

May 20

ipsa network 2

Alhamdulillah, pada dua hari lepas saya telah berjaya menyempurnakan proses redesign bagi blog IPSA Network, setelah beberapa jam menghabiskan masa mengedit coding dan mengedit image dalam photoshop.

IPSA Network ialah blog bagi ICT Pharmacy Student Association (IPSA) iaitu persatuan pelajar farmasi di Kolej Teknologi Pulau di Balik Pulau, Pulau Pinang. Saya adalah antara beberapa orang yang in-charge berkenaan blog IPSA ini. Kali terakhir saya menukar rupa blog IPSA ini ialah pada kira-kira setahun lalu, dah lama sangat tu.

Saya sifatkan appearance blog IPSA sekarang sebagai rekaan blog terbaik pernah saya buat bagi blog menggunakan blogspot. Itu saya sendiri kata, anda pula bagaimana?

Read More

Eins Lobby Redesign, update pertama selepas cuti blogging selama sebulan!

May 04

eins lobby 3.0.1

Salam semua, dah sebulan rupanya saya tidak mengupdate blog ini rupanya. Sebelum ini memang sibuk dengan persiapan menghadapi peperiksaan, memang jadi tiada mood hendak menulis dan membaca blog. Lagipun susah nak berhenti bila terlalu asyik blogging, sebab itulah terpaksa melupakan seketika niat untuk update blog.

Blog ini dah bertukar wajah buat kali ketiga. Tak tau la macamana pandangan anda tentang theme baru ini, samada ok atau tak kerana colour scheme macam ini jarang orang pakai. Theme ini pun saya pilih setelah kepala sudah buntu, dah seratus lebih theme yang saya cuba dan demo tetapi akhir sekali theme ni juga yang saya pilih.

Ntahla, tapi kadang2 tukar taste pun ok jugak kan? Harap2 tiada lagi orang anggap blog ini blog perempuan kerana design sebelum ini boleh dikategorikan sebagai comel. Haha.

Read More

Anticoagulant Website, apa pendapat anda tentang web saya ini?

Mar 05

anticoagulant thumb2 Anticoagulant Website, apa pendapat anda tentang web saya ini?

Salam, beberapa minggu lepas saya agak sibuk menyiapkan satu laman web ini, iaitu Anticoagulant Website sebagai assignment untuk paper Pharmacoinformatics.

Laman web ini saya buat simple sahaja, jika anda ada masa, boleh buka website itu dan tinggalkan komen dalam post ini. Saya sedia terima kritikan dari anda, maklumlah budak baru belajar! ;)

Related Posts with Thumbnails

Read More
Page 1 of 11