Harap2 aku tak jadi gila sebab stress :(
Jul 07
Baru masuk sem baru aku dah stress gila. Stress yang bukan kepalang, bukan calang2 orang boleh menanggungnya. Orang lain semua happy je bila masuk sem baru tapi aku sebaliknya. Aku tak mampu nak senyum pun depan awek sendiri. Dengan semua orang aku buat muka cool je, tapi sebenarnya hati aku memang berkecamuk, sedih, kecewa dengan hakikat.
Ini semua akibat aku tak pass exam, atau lebih tepat GAGAL dalam exam tempoh ari. Exam ulangan paper yang aku ambil pada first year lagi. Result exam yang aku dapat tak berbaloi dengan apa aku belajar dan usaha. Sama cam aku tak belajar langsung. Even mengulang paper tapi aku dapat result yang lagi rendah dari sebelumnya. Aku dah membazir masa, wang dan segala usaha tidak langsung berfaedah. Aku hancurkan harapan aku sendiri, keluarga, awek, kawan2, lecturer dll.
Tahun ini aku dah tahun 3, amek degree pharmacy USM. Kawan2 semua hebat2, pointer tinggi sampai ada yang dapat dean list, lagi dua tahun mereka dah grad. Tapi aku dengan pointer rendah, dengan banyak paper kena repeat dan drop, tak tau la bila aku boleh grad. Ataupun dengan beberapa siri kegagalan yang dahsyat ini dan sukar diterima akal, menandakan yang sudah tiada jodoh antara aku dengan course yang aku ambil ini? 
Kegagalan pada exam lepas menambah lagi jumlah kegagalan dalam hidup aku. Bukan sekali dua aku gagal exam, tapi dah berpuluh2 kalinya sejak zaman sekolah lagi. Sungguh ajaib kerana aku mampu bertahan sampai ke peringkat ijazah, tapi sampai bila aku mampu bertahan lagi?
Zaman sekolah lagi, sains dan matematik tak pernah dapat tinggi. Bio, fizik dan kimia memang tak pernah lulus zaman form 4. Markah dalam 20-30 je. Bukannya aku malas sampai tak belajar langsung, tapi aku tak tahu kenapa begitu teruknya performance aku ketika exam. Selalu aku rasa time exam selalu je dapat jawab tapi pas keluar result memang teruk gila ah.
Paling teruk aku tak pernah lulus juga matematik moden apatah lagi matematik tambahan. Peperiksaan akhir tahun form 4, belajar bagai nak gila sebab harapan time form 5 nak masuk kelas pertama atau kedua. Sadisnya, matematik moden GAGAL lagi, tapi tak boleh lupa result Add Math aku dapat 4/100 je. Ya, dapat 4 daripada 100 markah, sama cam orang yang tak pernah belajar langsung. Last2 aku masuk kelas ketiga masa form 5.
Zaman sekolah memang penuh episod GAGAL, dan stress yang dialami aku cukup hebat. Walaupun mengharungi stress yang sangat dahsyat, aku berjaya gak menghabiskan sekolah.
Walaupun SPM aku dapat setengah dozen A, aku gagal mendapat tempat ke Matrikulasi, sesi panggilan pertama. Namun begitu aku tetap sabar juga walaupun jeles tengok member2 semua dapat matrik, tetapi tak sangka tak lama lepas tu akhirnya aku dapat masuk Matrikulasi sesi panggilan kedua. Masuk Matrik harapan aku sangat besar, aku ambil jurusan Sains Fizikal sebab ajaibnya subjek fizik yang aku tak pernah lulus tu dapat B3 time spm. Aku sedar diri aku tak pandai, tapi aku rajin pegi kuliah, salin nota, buat homework dll.
Malangnya sumpahan ketika zaman sekolah berulang kembali. Time aku nak exam UPS semester 1, memang aku ada buat latihan, revision baca buku apa semua tapi bila keluar result aku GAGAL semua paper. Tau apa pointer aku? 0.00000000. Ya, pencapaian paling bangang dalam hidup aku. Orang lain berebut nak dapat 4 flat tapi aku dapat 0 flat. Penat2 aku stadi aku cuma mampu dapat kosong je. Time semester 1 matrik aku lulus sipi2 tapi semester dua aku kantoi. Belajar punya belajar, harapan hati ingin berjaya, namun kegagalan yang menimpa pula. Sekali lagi, aku tak faham kenapa teruk gila performance aku sehinggakan selalu gagal.
Orang lain masuk U ambil degree, aku dok di rumah menanggung perasaan kecewa. Walaupun stress, aku cuba lupakan sedaya upaya kerana hasrat aku ialah bagi sampai dapat masuk degree dan grad. Zaman foundation pun tak berubah, banyak paper yang aku gagal. Nasib baik time final aku dapat lulus cukup makan subjek2 killer, dapat 3 pointer pun sebab ada subjek cam komputer dan agama. Kalau nak ambil kira subjek core je memang sedih sangat la result aku.
Lepas foundation aku masuk degree farmasi USM. Bukan kat USM tapi kat sesebuah tempat yang kurang ternama. Memang gerun nak masuk degree farmasi ini, lebih2 lagi kena bersaing dengan classmate yang semuanya pandai2. Ada yang dapat pointer 3.9 matrik, ada yang bekas lecturer, ada yang dah 2nd degree dll. Aku hanya budak yang tak pandai apa2, budak yang pernah dapat 0 pointer time matrik, budak yang selalu gagal masa sekolah…bolehkah bersaing dengan mereka2 ini?
Harapan aku masuk degree taknak fail lagi. Aku nak grad, aku nak buat parents aku hepi. Paling penting aku pun nak hepi jugak selama ini asyik sedih ja. Semester pertama aku ok, tapi masuk semester kedua sampai sekarang, tiap2 kuiz, exam mesti ada je yang aku fail. Asal exam je gagal, asal gagal je exam. Nyaris tak kena dismiss je haritu. Aku dah kena sumpahan atau kutukan sekali lagi ke?
Aku hairan kenapa masa aku jawab exam aku rasa yakin je tapi masa result keluar aku gagal. Paper yang aku repeat pun sama gak, konfiden gila malah aku rasa soklan senang tapi bila keluar result gagal juga. Aku dah cuba ubah cara belajar aku, aku cuba buat soalan2 past year, aku gagahkan diri baca nota yang tebal2, aku rajin pergi kuliah tetapi akibatnya gagal juga. Usaha tidak berbaloi sampai aku tiada keyakinan nak belajar.
Aku tak tau sampai mana aku dapat sabar dengan kegagalan ini. Dah cukup lama aku hidup dalam stress. Aku taktau aku boleh grad ke tak. Aku takkan dapat grad sama2 dengan awek dan kawan aku. Aku takmau lagi hancurkan harapan parents aku.
Aku summary segala problem
- Stress sebab tak pass exam
- Dah puluh2 kali gagal exam
- Rasa cam dapat jawab tapi fail jugak
- Usaha tak berbaloi sebab result teruk gila
- Aku benci diri aku sendiri sebab selalu gagal n selalu stress
Kalau korang ditempat aku, agak2 macamana lah perasaan korang kan? Harap2 aku tak jadi gila sebab stress. 
Random Posts:
- Arghhh…bad dream
- Final exam dalam masa kurang 2 minggu lagi
- Genap seminggu kau pergi meninggalkan aku
- Duit percuma dari Aplikasi FB PayPal Wishlist
- Besday kawan aku

Addicted to sweet things
Tips menjadi pro user Nokia Smartphone (final)
Emo kid don’t deserve a life
Bila dah luah semua ni rasa lega pula hati, aku memang tak pernah cerita pasal bab2 gagal ni kat orang2 lain…
hu3..ok2 tak pe..dah luah tu kire ok dah …
aku pun tak de mood lagi ni start sem..hu3
Roslan Nazri´s last blog ..Obama Suka Ringtone Donald Duck
Ok la sikit…aku pun tak harap stress lama2…sebab kelas dah start…kalo stress aku xleh concentrate langsung lecturer ajar
huu kak ain.
biase ah tu doh.
macam macam mende kite kesal dalam hidup ni.
tu sume dugaan hidup.
ade hikmahnya =D
best gila dah lega.
haha aku ni bila la nak lega.
sickchild72´s last blog ..cute cartoon.
Kalau dah gagal puluh2 kali bukan biasa2…itu luar biasa…lebih2 lagi di peringkat tinggi
owh. kesian. mungkin kau tak buleh bab nie. mungkin ko terer bab lain.
darkk´s last blog ..Bosan Si Bosan
Adakah aku perlu quit this course dan amek course lain pulak?
kalu ko rasa tak kena dengan jiwa ko, dan nanti, ko tak buleh survive apa yang ko belajar.
jangan buang masa. itu saja.
darkk´s last blog ..Bosan Si Bosan
Banyak2kan bersabar
Adik Cute!´s last blog ..Review: glypeproxy.. Melepasi Sekatan Internet
relek bro..usaha lg..aku pun lbh kurg je, bila msk u je, result asik down je..xpenah nk seyes ms study…
x-po´s last blog ..KEHIDUPANKU KINI
salam…
for me la….ko dpt masuk degree pharmacy tu means actually ko mmg budak pandai…dpt stgh dozen A tp slalu gagal kat skolah means soklan xm skolah ko mmg susah….hihi
utk skarang pulak, ko faham apa yg di ajar & ko dh jawap soklan exam yg pada rasa ko dh betul…
tapi kalau fail jugak….aku rasa mungkin cara ko jawap tu buat jawapan ko jadi salah…atau fakta yg ko bagi x cukup…aku saran ada baiknya ko jumpa lecturer ko tanya apa yg buat ko hilang markah….mana silapnya..
sbb mcm aku sendiri pun senang je nak faham apa yg lecturer ajar, ok je nak buat assignmt ntah apa2….tp bila xm x outstanding mana pun….
& kengkadang kita selalu jawap apa yg kita tahu, bukan jawap ikut apa yg ditanya….apapun..cayo2 bro…x pyh tensen2….xm tu semua utk tunjuk kat org je….nanti dh kerja, yg paling penting dpt x ko aplikasi apa yg ko dh blaja….tu yg penting….huhu
don’t give up & don’t be so stress about it…aku dulu pernah fail 1 subjek hanya kerana x dtg final xm sbb tertido…tu lagi rasa x best…hahahaha
HuRuL_AiNi´s last blog ..Tips Mengurus Kewangan
jangan mengaku kalah selagi hidup
adol´s last blog ..LOVE STORY – MALAY VESION 
weh weh janganlah rase down sangat nih!!!
sem baru ni cube lagi k??
kita dua cube same2 tau??
sem ni maybe kamu patut tuka style study ke..
i trust you!!
Okeh thanks…
memang sangat down tapi aku tetap sabar jugak nih…
bnyk benda aku nk accomplish lg…
tukar style itu xtau la…dari zaman2 dulu lg cuba tukar cara belajar…tapi x dapat2 gak…
itu mungkin sebab level kepandaian otak tak sama cam orang len…

EiNS´s last blog ..Harap2 aku tak jadi gila sebab stress
uih bro.. ak rase elok ko bincang ngan lecturer ko pasal study nih.. xpon tanya kt pejabat n bincang ngan orang2 yg lebih berpengalaman.. ak yakin akan ade sesuatu yg berharga bakal ko kecapi setelah ko berjumpa dgn mereka.. luahan perasaan memang satu langkah yg baik dan tindakan seterusnya adalah ‘change’ !
kyo_9´s last blog ..なんでやねん! 
Susah le bro…sbnrnya aku ni ada cikgu-phobia…maybe aku crita lain2 entri…
kalaupun cakap ngan lecturer, adakah mereka akan faham? mereka smau top student dulu…mana nk tahu perasaan orang gagal nih

EiNS´s last blog ..Harap2 aku tak jadi gila sebab stress
salamz bro.
aku baca cerita ko ni macam aku tengok cermin. semua kegagalan ko tu pernah aku rasa. macam ada persamaan masa aku study dulu.
masa sek men dulu aku amik aliran akaun, wajib amik add math. aku pun sama macam ko, selalu failed. markah paling tinggi pernah aku dapat ialah 20% itu pun sebb aku meniru, kalau aku tak meniru dan jujur semasa menjawab, aku dapat bawah 10%. gila wei belajar add math, math moden aku boleh tahan la, itu pun sbb dipaksa datang kelas tambahan. so untuk dapat markah lulus tu boleh lagi la
yang amazing race nya ialah masa SPM aku lulus add math. padahal aku mmg tak mengharap apa2 add math ni. oleh kerana result aku agak baik dan add math pun lulus, aku dapat masuk matrik kuala pilah coz akaun. sekali lagi aku macam ko gak. sem 1 aku failed math. sem 1 CGPA 2.4. malu beb, kawan2 semua 3.5 atas, aku lelaki sorang je yang pointer rendah. sem 2 ada belajar math lagi, kalau tak salah aku math kewangan. pun payah gak aku nak lulus. keseluruhan CGPA aku 2.8. and secara tak langsung aku tak dapat la masuk mana2 U.aku siap kena amik 1 repeat paper, kena pergi matrik penang.
selepas setahun bekerja pas tak dapat paggilan mana2 u, aku amik keputusan sambung study kat poli. masih mengalami masalah yang sama, math adalah sesuatu yang sukar bagi aku. di kalangan kawan2 lelaki aku adalah antara yang paling tak bijak. alhamdulillah aku berjaya habiskan gak study aku tu.
dengan pointer aku yang tak seberapa tu. memang susah nak sambung study, so aku keje je la.
alhamdulillah aku dah keje sebagai seorang pegawai kerajaan sekarang.
moral of the story aku
jangan takut dengan kegagalan, orang yang tak pernah gagal adalah orang yang sangat rugi, kerana mereka tak dapat rasa nikmat kejayaan tu.
jangan biarkan orang lain tentukan apa yang perlu ko buat. tiada kejayaan tanpa sekelumit kegagalan. ingatlah, dalam dunia ni bukan ko sorang je yang gagal
sorry eins,
panjang sangat celoteh dalam blog ko ni. ni 1st time aku komen entry orang panjang berjela. sbb aku merasakan ko sama seperti aku dulu.
azwan´s last blog ..Mari Menari Poco Poco
Situasi kita lebih kurang sama je ek? Thanks bro sebab sudi cerita pengalaman lalu gak…
walaupun dari segi akademik sampai bila2 pun aku tak akan celen member2 aku…tapi aku akan cuba surpass diorang guna kelebihan dan bakat aku sendiri in the future…
aku brsyukur gak sebab walaupun ngaji tak pndai tapi Allah bagi aku kelebihan lam bidang lain gak…
InsyaAllah aku akan usahakan
EiNS´s last blog ..Harap2 aku tak jadi gila sebab stress

kalau aku tak boleh buat dengan apa aku buat aku akan berhenti. try belajar menda lain ok?
X sesenang tu bro…harapan mak bapak nih…lgpun dah puluh2 ribu abes nak sampai tahap nie…memang susah tapi kalo aku brenti usaha selama ni sesia je la…

EiNS´s last blog ..Harap2 aku tak jadi gila sebab stress
Assalamualaikum….
alesyaHana´s last blog ..INFO PEMAHAMAN 
sy nak tanya apakah subject yg awk sgt minat dalam bidang yg awk study ni?? awk setkan buat dlm satu fail atau noted. subject yg awk x minat awk setkan dan asing dulu. pastu awk pandai IT…awk masukkan semua subject yg awak minat tu kedlm blog entri awk yg awk syg ni…n then awk setkan subject yg awk x minat pulak entri dlm blog yg lain. n then awk study awk kaji balik semua tu satu persatu…i think INsyaAllah…sy rasa awk pasti berjaya. Try do i t something…Jgn putus harapan..ok (Sharing thoughts and ideas)
Xtau la…minat aku hanya pada benda2 SENI dan IT…masuk bab2 sains cam fizik kimia bio ni memang aku lemah sket…
Anyway thanks for ur comments…awak cakap cam dah lama kenal saya ek? haha
aloha..ak dak baru kt jomphp nie…rileks la..klu jadi gile pon ko mmg best le coz byk info ak dpt kt jonphp nie…
Hahaha…harap2 tak jadi gila…tak best la jomphp kalau takde artikel dari aku
aahh..
aku pun boleh tahan gak stress awal sem ni.
byk lak perkara yagn kena buat.
biasa minggu pertama boleh relax.
ini x de relax², terus buat kerja..:).
unwanted´s last blog ..Jejak Usahawan : Kedah dan Langkawi
rilek aahh
bukannya tak bleh berjaya
semua org bleh berjaya, nak dgn taknak jer..
aku hadiahkan satu lagu kat ko
Jika kau fikirkan kau boleh,
kau hampiri kejayaan
jika kau fikirkan ragu2
usahamu tidak menentu ..
kalo nak laagi best .. ko search jer ler lagu tu
hydir´s last blog ..Barca to buy Fabregas after offload Eto’o to City? 
Kalau dah ditentukan nasib dan takdir nak buat macamana…
bukan tak nak berjaya, cuma perit sangat kegagalan yang diterima tu…bukan sekali, dua kali…tapi puluh2 kali…
aku tengah fikir2 lg skarang…seminggu dua lg hilang la stress tu
sila baca ni….
http://www.facebook.com/profile.php?id=1075592968&ref=profile#/note.php?note_id=101092742991&ref=mf
???

EiNS´s last blog ..Harap2 aku tak jadi gila sebab stress
baca la note tu..rasa note tu dah menjawab segala jawapan untuk entry blog ni..salam..
fariz´s last blog ..Doa itu senjata Umat Islam
Ok tapi xleh nak access pun facebook note tu..memang kalau boleh nak baca tapi x dapat…
sbb link dalam note tu ntuk awak punya facebook profile…so xleh nk access
Lapangkan dada, tenangkan hati,jaga solat,bnyakkan bc al quran..sebenarnyer dalam hidup kita ni kita ingin mengejar keberkatan hidup.Kadang2 kita usaha bnyak manapun tapi tak berkat mesti kita tak dapat capai apa yang kita.kadang2 manusia ni usaha sikit je tp berkat mudah je Allah bg. Untuk kes adik ni, cuba buat muhasabah diri beberapa minit setiap hari dan ikhlaskan hati belajar kerana Allah, lulus tu memang kita nak tp lebihkan kerana Allah sebab jika pe2 terjadi kita tidak la rs tertekan sangat:).Ustaz saya pernah pesan bc surah al waqiah n yasin setiap malam dan cb mntak pe yang kita nak dalam sujud yang terakhir setiap habis solat..Insyaallah Allah akan permudahkan..Kalo Allah tk bg juga mgkin sebab dia nak angkat darjat kita dan nak hapuskan dosa2 kita@Dia simpan kat akhirat kelak. Waktu tu kita akan diberitahu bahawa nikmat ni sebagai ganti pe yang kita mnta di dunia tetapi tidak diperkenankan. Jangan putus asa tau dan selalu la minta pada Allah dengan keyakinan yang tinggi bahawa bila kita mintak je Allah memang dh perkenankan.cuma lmbat atau cepat jer.:)
uhurm…
ak tao prassan down tuh cmne…lebih2 lagi kalo kawn kte dpt result trer…yela..tmpat blaja same..lectrer same..kite pegi kuliah pon time sme jek..tp tula..rsult x memenuhi ape yg kite nakk..
cmnie lah…
cube lagi sekali..last..wat btol2..blaja smpai nak mati lah katekan..
n solat la byk2…solat hajat…
kwn ngan membe yg leh tolong ajar kite bende basic2 balek..try!!!
serius..ade gak orang cam ko ngn aku..ingat kan aku je yang camtu.huhu
same la naseb kite eins.aku ni minat kompiter, amik kos kompiter tapi xskor pon pointer..ni sume sebab math..pointer aku jatuh tiap sem sebab pure math nih.aku ni da masuk sem 6 fail sume subjek math..aku penah repeat sekali pon fail gak..dulu mase sekolah2 aku penah dapat 2/100 lagi untuk addmath.so, aku paham la ape yang ko rase.aku masuk degree pon dengan keputusan yang cukup makan je..
kengkadang bukan kite tak berusaha tapi usaha2 pon tak dapat ape yang nak.so, aku nasihat kan ko teruskan ape yang ko dah lalui..rezeki tu kat mane2 pon ade..aku cakap kat diri aku camtu.hope ko pon same..jom same-same kite berusaha..gambatte!!
TQ semua yang memberi nasihat menyokong aku…
aku dah ok skarang xrasa stress sgt dah…
trimas