Kenapa aku suka balik cuti di kampung?
Feb 18
Setiap kali musim cuti aku pasti akan balik kampung di kelantan. Best gila, bukan selalu ada peluang cuti, so better time cuti tu aku spend sepenuhnya kat kampung.
Tapi, apa yang aku perasan ramai gak member2 aku yang tak minat balik kampung even diberi cuti selama seminggu dua pun. Diorang lebih suka stay kat rumah sewa, habiskan cuti dengan aktiviti sendiri. Alasan kenapa mereka xnak balik kampung, seperti jimat duit, rumah takde internet, balik kampung sure lagi bosan dll.
Bagi aku balik kampung time cuti sangat seronok sebab macam2 benda boleh buat.
1. Cuti adalah waktu berehat
Well, sebagai student memang selalu bz dengan kuliah, assignment, meetings dan macam2 perkara yang menyerabutkan kepala. So, masa cuti kena la dimanfaatkan dengan membuat perkara yang korang suka instead of hanya mengadap buku sepanjang masa. Stadi adalah perkara bagus dan mulia tapi once in a while give yourself a break, chill your heart a little bit. Make urself happy.
Waktu cuti nie baru aku ada masa baca komik, tengok drama, pergi bandar tanah merah n kota bharu, lepak kedai makan yang aku suka dll. Kalau aku tak balik, kompem dok terperap dalam bilik main pc je sampai habis cuti….hahahaha.
2. Boleh jumpa parents dan adik-beradik
Time balik kampung la boleh jumpa parents dan adik-beradik. Ibubapa mana yang tak suka kalau anak mereka balik bercuti dari jauh kan? Boleh la buat pape aktiviti kekeluargaan dan boleh gak aku n adik-beradik pergi jalan kat merata tempat. Biasanya time cuti, aktivit wajib aku ngan adik-beradik aku buat ialah pergi lepak kedai makan ramai2 especially kedai mee celup dan bermain dota secara berjemaah.
Waktu cuti juga boleh digunakan untuk ziarah orang sakit, biasanya kami satu famili akan balik KB untuk ziarah2 tok yang sakit. Penting la sebab famili kena la ambil berat. Jangan tunggu time raya baru nak balik kampung, time cuti2 lain nie kalau berkesempatan balik la bertanya khabar kat orang rumah.
3. Boleh balik dengan si dia
Luckily, aku ngan awek aku berasal dari kawasan yang dalam area yang takde la jauh sangat. Aku di tanah merah n dia di jerteh. Kalau naik bas pun satu laluan je.
Seronok kalau balik ngan dia coz bolehlah ada teman nak sembang, nak jalan2, nak pegi makan dll. Mujurlah dia agak sporting gak, hehe. Better dari balik sorang2 sebab nanti bosan dalam perjalanan tuh.
4. Jumpa kawan-kawan
Cuti lagi best kalau kawan2 rapat pun turut balik sekali…nanti boleh pergi lepak pastu borak2…biasanya ada gak yang mintak tolong aku repair laptop…ada yang mintak nak copy drama jepun dll…time tak cuti asyik jumpa dalam internet je, tu pun ikut ym…kan lagi bagus kalau jumpa kawan depan2 muka kan?
Kawan-kawan sangat penting oh….tanpa kawan sapelah aku…
5. Rindu nak nengok kucing2 di rumah
Hahaha…aku sangat suka kucing…kalau time aku dok jauh mesti aku ym adik yg dok di rumah nie or call ayah aku tanya kucing2 kat rumah nie sihat ke tak…
Kalau time balik cuti boleh main2 dengan kucing…kucing2 kat rumah aku semuanya jenis manja melampau2 tu yang best sket…time aku tido pun ada yang join duduk atas selimut…haha…setiap kali nak cuti mesti aku tak sabar gila nak balik nak tengok kucing2 kat rumah
Kucing kat atas tu nama dia hijau kecik…baru berusia sebulan lebih…kesian kat dia coz ibu dia dah mati kena langgar keter masa umur dia baru beberapa belas hari…nasib baik masih hidup sampai sekarang, cuma masalah tubuh dia yang tak nampak cam dah membesar…kurang kasih sayang, mungkin?
6. Kesimpulan
Balik kampung maybe membuang masa sebab kena travel jauh n membazir wang juga…yep…aku setuju…tapi kalau nak hepi kena lah sanggup berkorban kan…apa sangat la naik bas 8 jam…duit tiket bas dekat rm100 tuh…coz manfaat dia lebih daripada tuh…
Kepada yg tak suka balik rumah tu…kadang2 balik la…paling penting kena jumpa la mak ayah…walaupun tak nampak di mata kasar tapi dalam hati mesti mereka rindu nak tengok anak2 balik tuh…ingatlah famili korang yang paling penting tuh…jangan la umur makin meningkat dah tak kisah kat parents dan kampung halaman…
sekian pesanan khidmat masyarakat dari aku…trimas kerana membaca post yang tak berapa ilmiah ini
Random Posts:
- [Special Entry] My Dad’s Retirement Day !!!
- Public Health Campaign di Queensbay Mall
- Umur 22 tapi masih main game Pokemon
- Hacking Nokia 5800 v40 firmware
- First day guna Innity…

Addicted to sweet things
Tips menjadi pro user Nokia Smartphone (final)
Emo kid don’t deserve a life
balik kampung memang superb best =)
aini´s last blog ..Senarai Orang Terkaya Di Malaysia
hihi mcm karangan budak sek rendah.. hehe nice..
selamat balik kampung cuti nanti bro
luth textile´s last blog ..Jom jadi kaya dengan iklan blog
Hi aini…welcome..
yep…seriously sgt seronok…takmau cuti abes…haha
EiNS´s last blog ..Kenapa aku suka balik cuti di kampung?
huhu…bila balik kg, ada yg best…ada yg xbest….
walaupun xde la jauh mana, kat perak je pon…3 jam je perjalanan..tapi masa raya cina ni bnyak jgak benda besh bila blik kg…hihihi…
tapi x aci arr eins leh blik kg ngan org tu…
D-chan´s last blog ..solution kepada status YM
aku rindu suasana kampung…hoho..sunyi, pokok hijau, udara segar..bangun pagi, ada kabus2 sket2..hoho..seronok2..
izzat´s last blog ..Karnival WOW! Putrajaya 20-21 February 2010 
kawe kalu nk blk kg, mesti pikir duo kali..so, jauh..duo, puah duk dumoh, xdok gapo nok wat, otok beku..sbb kawe xdok saim kat kg, saim sumo duk luar. susoh nk tbk derak.hehe
hok no3 tu xtehe tu mad…hahah…
tp time blk rye cino 2,3hari lps 1 tanoh meroh xdok air mad…bunyi kato enjin kt loji punoh ko gapo ak xtaula…haha…nyesal jgk blk hr tu…tp bilo pikir blk melok jgk sbb blh mengeratkan hub kekeluargaan…ak n ayh ak 2,3hari dok men ngakut air kt telaga masjid…huhu…