First day guna Innity…

12 Jan

image thumb3 First day guna Innity… Baru-baru ini aku tengok ramai rakan blogger yang dah mula guna Innity. Dengar2 lagi best dari Nuffnang dan Adverlets. So, aku pun terasa hendak try Innity la pula since income Nuffnang aku dari bulan december n january agak slow sebab aku malas update blog.

Malam semalam first aku start pasang iklan Innity lepas dapat email yang Innity dah approve application aku. Dan malam ini pula aku check samada earning dah start gerak atau belum lagi. Ni screenshot earning dari Innity untuk first day aku guna.

(more…)

Koleksi wallpaper Final Fantasy XIII

10 Jan

ff13 thumb Koleksi wallpaper Final Fantasy XIII

Aku merupakan huge fans game2 berkonsepkan role-playing game (RPG). Macam2 game rpg aku pernah main, tak kira konsol dan tak kira pengeluar mana asalkan game rpg dan nampak best sure aku akan main. Raja bagi segala game rpg pula ialah siri Final Fantasy (FF) oleh SquareEnix dan minat aku terhadap game FF ini juga sangat tinggi.

Game FF terbaru ialah Final Fantasy XIII, untuk konsol PS3 dan Xbox 360. Game ini dah terjual lebih sejuta salinan kat Jepun even baru beberapa hari terjual, kira top gila lah game ini. Aku yang takde kedua-dua konsol itu hanya boleh enjoy tengok screenshot dan trailer game ini je la.

Apa yang membuatkan siri Final Fantasy ini hebat adalah graphic, gameplay dan storyline yang sangat unik dan epik. Art bagi game2 FF pula adalah sangat kemas, teliti dan cantik. Sekarang aku menggunakan wallpaper FF XIII di komputer aku dan puas hati la dapat tengok art2 yang cantik. Hehe…

Kali ini aku nak share beberapa wallpaper final fantasy 13 yang semuanya cantik2 belaka dan boleh korang guna jika berminat. Wallpaper ini semuanya adalah dalam widescreen, HD resolution.

(more…)

My whole new computer desk

10 Jan

10012010018 thumb My whole new computer desk

Salam! Sebelum ini aku pernah bagitau yang aku sedang merancang nak beli komputer baru. Sekarang ni, plan itu sudahpun jadi kenyataan, aku sudahpun membeli satu set komputer baru.

Entri ini aku letak gambar je bebanyak, malas nak tulis panjang2, so tengok la kalau ada masa :P

(more…)

Politik mampu membutakan iman seseorang

13 Dec

image thumb3 Politik mampu membutakan iman seseorang

Sebenarnya, aku tak mahu nak menulis entri mengenai politik di blog personal ini. Tetapi, selepas terbaca komen di atas (lihat ayat yang underlined) aku tergamam seketika…mak aih…melampau2  betul macam ni…so aku rasa terpanggil untuk menulis entri ini bagi counter statement mamat nie…

Komen di atas aku ambil di Oh!Artis. Sebenarnya dah banyak kali aku baca komen2 seumpamanya di banyak blog lain yang mengaitkan agama dan politik. Cuma bagi aku komen di atas agak extreme kerana mempunyai unsur taksub terhadap pemimpin politik sehingga memberi gambaran yang si penulis komen adalah seorang yang barangkali telah buta imannya.

Berikut adalah sebab kenapa aku kata begitu;

(more…)

Aku perlukan komputer baru…

2 Dec

image thumb Aku perlukan komputer baru…

Lately, mood aku nak blogging makin kurang. Bukan malas, cuma sakit hati dengan performance laptop sedia ada. Laptop aku sekarang kerap gila dok lag, hang. Slow dah la satu hal. Paling frust bila tengah syok kumpul bahan nak buat artikel tetiba je laptop meragam…terus hilang mood nak menulis tu.

Jadi, hari2 aku buka laptop ni hanya untuk online, browsing, tengok movie dan main dota. Cuma hari ini je baru aku boleh start menulis balik lepas lama bersabar.

(more…)

Page 2 of 20Previous12345Next...Last »