Final exam dalam masa kurang 2 minggu lagi

22 Oct

image thumb28 Final exam dalam masa kurang 2 minggu lagi

Aku akan menempuh peperiksaan akhir semester 5 pada 4/11/2009 hingga 20/11/2009 dan jika dihitung2 masa yang tinggal kurang 2 minggu sahaja lagi.

Aku tengok member2 semua dah rajin stadi dan buat past year. Aku je dok rilek2, haha. Tapi since aku dah janji pada diri sendiri, ngan awek dan ngan famili yang aku tak nak ada paper yang fail sem ini aku kena stadi hard jugak la. Masa untuk main komputer, DotA, blogging, tweeting, facebooking dll kena kurang la. Lebihkan kepada membaca buku dan stadi, stadi dan stadiiiii sampai la exam.

Malam ni kolej aku buat solat hajat dan bacaan yassin sempena exam, dan aku sebagai ahli MPP kena buat notis pemberitahuan pelajar2 mengenai aktiviti ini. Since aku tak suka buat benda formal sangat aku pun buat la notis simple seperti yang korang boleh lihat ini;

(more…)

Cute Ladybug Vacuum :)

22 Oct

22102009294 thumb Cute Ladybug Vacuum :)

Kalau untuk laptop aku, macam2 aksesori aku dah tambah cam laptop cooler, headphone, usb hub, screen and keyboard protector, screen cleaner, external hard disk dll. Kali ini aku tambah seekor mende berbentuk ladybug yang agak cute juga, berfungsi sebagai desk cleaner dan penyedut habuk2 atas laptop aka vacuum.

Reka bentuk mende ni memang stylo; selain berfungsi sebagai pembersih meja yang ringan2 boleh juga buat hiasan atau mainan. Haha.

(more…)

Tips untuk menjadi pro user Nokia 5800

15 Oct

Nokia 5800 ExpressMusic by helmsha3er thumb Tips untuk menjadi pro user Nokia 5800

Tips ini ditulis khusus untuk pengguna nokia 5800, nokia n97, nokia 5530, Omnia HD, Sony Ericsson Satio yang menggunakan symbian os 9.4 (s60v5). Ditulis berdasarkan pengalaman aku menggunakan phone nokia 5800 selama 6 bulan dan banyak ilmu yang ditempa dengan berforum serta menjelajah banyak blog2, membaca reviu dan ulasan berkaitan.

Aku harap post ini dapat bantu mereka2 yang banyak bertanyakan soalan kepada aku mengenai phone nokia 5800. Siapa2 pengguna phone nokia (symbian) juga boleh rujuk tips ini kerana sama je korang pun boleh try juga. :)

(more…)

Kenapa eins jadi penulis blog?

9 Oct

im a blogger thumb Kenapa eins jadi penulis blog?

Salam, lama gila tak update blog ini…post last tu pun sebelum raya…sekarang ni dah nak habis bulan syawal tapi aku still tak update blog ini…secara jujurnya, aku sangat2 sibuk…dengan assignment yang banyak serta kena study untuk kuiz pula…tak lama lagi dah nak final exam so aku tak boleh spend banyak sangat masa bermain komputer dan internet ini…

Oh ya, JomPHP.com telah genap setahun! Tahniah! Haha…sedar tak sedar dah cukup setahun aku dan cyberfly mengusahakan blog yang ber-nichekan tutorial komputer dan internet itu. Sudah setahun lebih juga aku memulakan kareer sebagai penulis blog; bermula dari saja suka2 kemudian timbul pula rasa seronok dan jadi addicted untuk menghasilkan lebih banyak entri2 berkualiti agar mendapat respon yang bagus dari pengunjung.

Kenapa eins jadi penulis blog? Sebab2nya adalah seperti berikut:

(more…)

Selamat bercuti dan balik kampung!

15 Sep

balik kampung 2009

Ok, minggu depan dah raya so sekarang ramai yang dah mula nak balik kampung masing2. Adik aku rasanya dah balik kot, manakala abang aku pula hari Jumaat ni baru balik. Aku? Sehari sebelum raya baru la naik bas bersama2 si dia, waaa…itu je tiket yang ada. Aku balik kelantan, si dia pula balik terengganu tapi melalui jalan yang sama. Ada dia bolehlah bersembang2, lagi seronok sebab kalau balik sorang2 memang bosan! Hehe. zz 18 Selamat bercuti dan balik kampung!

Tak sabar tol nak balik kampung…dan aku harap sempat kot berbuka last day kat rumah in case semuanya selamat. Tak sabar nak raya, tak sabar nak buat macam2 nanti. Balik rumah aku nak makan banyak2 since bulan puasa ni berat aku menurun lagik. Dah la sebelum puasa aku dah sedia ada kurus, ini pula bertambah kurus…so dah raya kena makan banyak2 bagi puas hati dan bagi nampak berisi sikit…haha!

Lepas raya ada banyak kuiz dan presentation; tapi aku still nak rehat puas2 gak. Dari minggu lepas sampai hari ini memang penat gila dan tak cukup rehat. Macam2 benda jadi, dari kes kecurian, persidangan 1siswa 1Malaysia, teman orang beli laptop, hset dan kamera kat BJ, pastu pharmacy counselling lagi. Penat pasal format laptop orang pun tak ilang lagi…siapa2 biasa format laptop tau la camne lesu-nya minda dan stamina korang. zz 2 Selamat bercuti dan balik kampung!

(more…)