Asrama V pelajar farmasi dimasuki pencuri!!!

8 Sep

08092009185 thumb Asrama V pelajar farmasi dimasuki pencuri!!!

Rumah yang kena masuk pencuri itu...

Barua betul, bulan puasa pun nak mencuri…kalau kena tangkap pencuri tu mau separuh mati kami belasah!!! Bedebah pencurikkk!!!

Lepas sahur pagi tadi, aku baru je nak lelap mata. Sekali kawan call kata rumah asrama v budak perempuan farmasi 3rd year kena masuk pencuri, terkejut, lantas aku bangun terus pecut ke rumah tersebut dengan motor lagenda aku.

Sesampai disana aku lihat kawan2 n budak2 perempuan dok lepak kat luar, orang2 kolej pun ada. Awek aku pun ada sekali kat luar, aku pergi tegur dia untuk tanya keadaan, apa cerita berlaku? Ye la aku blur2 lagi kena tanya nak kepastian dulu.

  • Aku: Barang apa kena curik?
  • Dia: Handphone, wallet ngan camera kena curik.
  • Aku: Barang2 orang lain plak apa lagi yang kena curik?
  • Dia: Banyak, ada hilang laptop, camera, handphone ngan wallet.
  • Aku: ??? Banyak gila, (dalam hati:barua tol pencurikkk)

(more…)

Besday kawan aku

25 Aug

 Besday kawan aku

Posted by ShoZu

Ari ni besday member aku Dely, kami satu kelas sambut besday dia kat kedai azlan tomyam…dh 21 tahun dh beliau, tahniah2…haha…

Post ini aku buat guna phone nokia 5800 xm terus ke blog dan facebook aku ;-)

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa!

22 Aug

Happy Ramadhan by papajam Salam Ramadhan dan selamat berpuasa!

Salam!

Selamat berpuasa diucapkan kepada  Fatin, Jauze, Dely, Syu, Ummu, Najwa, Syahida, Nazira, Syahir, Pezan dan rakan2 di ICT semua.

Tidak lupa juga kepada rakan2 twitter dan blogger seperti Darkk, Kyo_9, Killvearn, Anarm, Sickchild, Chokilala, Marzuki, Hurulaini, Khai, Qiilans dll.

Dan tidak lupa juga kepada semua readers dan members JomPHP.com dan Eins Lobby. Juga kepada member2 dan siapa2 yang kenal diri aku ini. Salam Ramadhan, semoga beroleh keberkatan di bulan yang penuh mulia ini.

(more…)

Scha & Fauzi Baadila dalam video klip Mencari Konklusi (Hujan)

21 Aug

image thumb10 Scha & Fauzi Baadila dalam video klip Mencari Konklusi (Hujan)

Wahaha! Hujan dah release video klip lagu Mencari Konklusi kat Channel V. Video ini yang dirakamkan di Jakarta kalau tak silap, menampilkan lakonan Scha (Scha Al-Yahya) dan Fauzi Baadila dalam aksi kejar-kejaran dengan mereka yang berpakaian ala2 mafia (dilakonkan oleh geng hujan sendiri).

Sebelum ini beberapa blog hiburan local cam Ohbulan dan Ohartis dah cover pasal penggambaran video klip ini. Kini video tu dah release so korang boleh lah tengok. Tiada dialog langsung dalam video klip ini, kira aksi bisu la. Entah apa diorang cakap. Ada la jugak scene2 romantik konon, dan kalau nak tengok video klip ini bolehlah layan video yang aku embed ini.

(more…)

Pandulah dengan cermat di musim perayaan ini

20 Aug

Salam kepada pembaca sekalian!

Tinggal dua hari lagi nak puasa, dan sebulan 2 hari lagi nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sebut pasal raya mesti ramai yang excited kan sebab banyak perkara2 seronok pasal raya. Antara perkara2 seronok dan cambest yang sinonim dengan raya ialah sembahyang raya, baju raya, kuih raya, biskut raya, lemang dan rendang raya, duit raya dan sebagainya.

Ada juga perkara yang buruk bila menjelang musim raya ini, iaitu, kemalangan jalan raya.  Atau senang cakap, eksiden. Eksiden adalah perkara yang amat menyedihkan dan menyayat hati dan tidak seorang pun mahu perkara ini berlaku lebih2 lagi di musim perayaan. Perkara ini hakikat, setiap kali menjelang musim perayaan mesti banyak kes2 eksiden kita tengok terpampang kat kaca tv dan di dada akhbar tak kurang juga di corong radio dan di monitor komputer. Yang paling menyedihkan bila terjadinya kemalangan2 maut yang sadis dan menyedihkan.

20082009166 thumb Pandulah dengan cermat di musim perayaan ini

Gambar ini aku ambil petang tadi masa on the way nak pergi bandar TM dengan member aku, Keme. First2 ingatkan apa dia jalan sesak2 dan ramai orang berkumpul, bila dekat sikit baru tahu ada eksiden rupanya. Fuhhh, teruk gila hancur kereta ini, Nauzubillah!

(more…)