Politik mampu membutakan iman seseorang

Dec 13

image thumb3 Politik mampu membutakan iman seseorang

Sebenarnya, aku tak mahu nak menulis entri mengenai politik di blog personal ini. Tetapi, selepas terbaca komen di atas (lihat ayat yang underlined) aku tergamam seketika…mak aih…melampau2  betul macam ni…so aku rasa terpanggil untuk menulis entri ini bagi counter statement mamat nie…

Komen di atas aku ambil di Oh!Artis. Sebenarnya dah banyak kali aku baca komen2 seumpamanya di banyak blog lain yang mengaitkan agama dan politik. Cuma bagi aku komen di atas agak extreme kerana mempunyai unsur taksub terhadap pemimpin politik sehingga memberi gambaran yang si penulis komen adalah seorang yang barangkali telah buta imannya.

Berikut adalah sebab kenapa aku kata begitu;

1. PM kita ibarat pengganti rasul di muka bumi

2. PM kita ada sifat maksum

Betapa agungnya atau mulia seseorang itu mustahil untuk disamakan taraf dengan rasul. Sifat maksum pula bermaksud terlindung dari segala perbuatan dosa dan maksiat dan sifat ini hanya ada pada nabi dan rasul sahaja.

Pernyataan yang seorang manusia biasa adalah pengganti rasul dan maksum boleh merosakkan akidah. Engkau nak sokong PM kita tu sokong la tapi membuat pernyataan berikut sememangnya melampau.

Kita lihat komen kedua pula, dari si penulis komen yang sama; pemuda harapan 1Malaysia.

image thumb4 Politik mampu membutakan iman seseorang

Astaghfirullah, ini lagi melampau, mempersoalkan hukum Allah pula. Dalam Quran dan Hadis terang2 kata yang jauh perbuatan maksiat seperti melacur memang dilaknat. Dan hasil daripada kerja haram juga adalah haram dan jadi darah daging kalau guna untuk makan.

Kalau demi sesuap nasi banyak lagi kerja2 halal yang boleh dibuat selain menjual tubuh. Pergi la jual burger ke, bukak bengkel repair keter ke, jadi freelancer or jadi full time blogger…banyak lagi boleh buat…melacur untuk menyara hidup itu kerja bodoh…

Mempersoalkan hadis dan al-Quran pula…kan al-Quran itu syumul (menyeluruh dari semua aspek kehidupan) dan kekal sehingga ke hari kiamat. Segala yang diceritakan dalam al-Quran seperti hukum hakam tetap takkan berubah biarpun di zaman mana kita berada.

Negara kita Malaysia, negara demokrasi. Rakyat bebas pilih parti mana yang diorang rasa boleh memimpin negara kita. Rakyat juga bebas memilih tokoh politik sebagai idola mereka. Akan tetapi, janganlah melampau2 taksub kepada sesebuah parti dan tokoh politik.

Aku bukanlah seorang yang pakar kalau soal agama, tapi dah terang2 mamat di atas melakukan kesalahan dan melibatkan akidah , jadi sebagai orang Islam aku wajib membuat teguran balas kepada beliau. Akhir sekali, aku sudahi entri kali ini dengan bait-bait di bawah.

Pemimpin adil pemimpin disembah,

pemimpin zalim pemimpin disanggah.

Assalamualaikum.

Random Posts:

Related Posts with Thumbnails

20 comments

  1. lilacfla lifegotstory.blogspot.com (7 comments.) /

    ayokk *geleng kepala
    lilacfla´s last blog ..Aku.. Dia.. & Kamera My ComLuv Profile

  2. izzat izzatruslan.com (6 comments.) /

    komen no 1, ok lagi..walaupun dah nampak sikit goyah pegangan dia… tp komen no 2.. pergh.. takleh nak cakap ape.. kalau macam ni punye taksub, takyah libatkan diri dalam politik la.. kalau tak boleh buat penilaian agama dalam berpolitik, baik tak payah berpolitik..golongan2 camni la jadi perosak politik kelak. Buat penilaian agama membuta tuli, mempersoalkan hukum Allah lagi.

  3. loq loqnerd.com (5 comments.) /

    yang komen ni confirm orang kuat UMNO.cara dia komen tu terlalu mengikut perasaan la. Plus tak guna akal dengan sebaik-baiknya. Ni la jadiknya. Komen sampai terlalu mengagung-agungnya PM. Komen dia yg menyatakan PM tu ada ciri maksum memang menyimpang jauh. Nauzubillah. Mana ada manusia biasa yang bersifat maksum macam nabi.Kesian la aku tengok pengomen tu. Semoga dia insaf.
    loq´s last blog ..AMBON N THE B’JAGURAN vs MALINGSIA BUSTARD My ComLuv Profile

    • Mmm.ni lah jadi bila terlalu fanatik ngn parti politik or ngn najib..that’s why politic is not my fav subject..benda yg salah pun dianggap betui..slalu sgt menghalalkan cara..buat benda berlandaskan kepala otak sniri..

      kesian kat dia kan..harap2 dapat hidayah..

      • EiNS jomphp.com (285 comments.) /

        Kalau aku balas komen kat ohartis…pastu tegur ngan cara kasar…maki2 dia pun xde guna kan? berperang je nanti…hapa pun x dpat…

        dengan menulis artikel ini aku harap si penulis komen dan mereka2 yg mempunyai fikiran sama ngan dia akan sedar tentang apa yang silap mengenai pandangan dan pegangan mereka itu…

        kerana taksubkan politik, agama dipertikaikan..fikir2kan :-O EiNS´s last blog ..Tema baru di JomPHP My ComLuv Profile

  4. Khai justkhai.com (9 comments.) /

    Mentaliti remaja kat Malaysia ni mmg amat merisaukan. Ustazah salah ajar mungkin time sekolah dulu. Politik tak merosakkan tapi ramai yg rosak kerana politik. Pity him.
    Khai´s last blog ..Memilih Blogging sebagai Kerjaya – Part 1 My ComLuv Profile

  5. Anarm anarm.net (7 comments.) /

    ~rosak.. rosak.. sokong politik pnye pasal smpai pandai2 buat statement sndiri.. adoii.. punah jahanam..

    pandai2 je ckp PM tu maksum.. agak2 la wei nk ‘kipas’ pon.. (N) Anarm´s last blog ..AleaCorp – Peneraju Revolusi Perniagaan My ComLuv Profile

  6. huh!! gila la mamat nih… ad ke ptut ckp camni xcyg mulut btul… mamat tu ptut bersyukur coz tinggal jauh dari rumah aq klu x makan penumbuk aq la… klu ustaz aq bca komen cmni buleh kne skit jntung nih… nk komen kna la pndai agama… :-[

  7. zuwairiaiman zuwairiaiman.com (1 comments.) /

    semoga politik di malaysia menemui jalan penyudah nye
    zuwairiaiman´s last blog ..Charity Program My ComLuv Profile

  8. Aku pun hrap bgtulah.. smoga pprangan politik di negara kita ni berakhir…

  9. lizz lizarazak.com (3 comments.) /

    sesungguhnya aku tak suke dengan poilitik. yang biru kate 1 Malaysia tapi dapat duit masing2 punya perut. yang bulan pulak kata agama diutamakan tp bila maki2 orang macam orang tak pernah diajar apa itu ISLAM.

    hohohohoo
    lizz´s last blog ..Jaya Jusco Melaka Meletup My ComLuv Profile

  10. x-po mohdhafizuddin.com (9 comments.) /

    dia tu pengikut rasul melayu kot..bodoh, walaupun aku ni penyokong BN, xdala smpai camtu skali pemikiran..
    x-po´s last blog ..AKU TAK AKAN TOLONG ORANG TU, SORRY YA My ComLuv Profile

  11. x-po mohdhafizuddin.com (9 comments.) /

    dia ni pengikut ajaran sesat rasul melayu kot..walaupun aku ni penyokong BN, xdala smpai camtu skali pemikiran
    x-po´s last blog ..AKU TAK AKAN TOLONG ORANG TU, SORRY YA My ComLuv Profile

  12. arnamee arnamee.com (1 comments.) /

    Salam..

    even pro kerajaan takyah lah sedemikian, ade juga yg pro pihak sne, begini juga akhlaknya, sebab manusia ni yg membezakan taqwa jer, sape pun yg disokong, jgn taksub ,
    yg penting bukan parti apa, bangsa apa, tapi AGAMA apa yg beliau dokong..:)

    untuk beliau, bersederhanalah,hidup hanya sementara.
    arnamee´s last blog ..Dot com dot net dot my – berdomain sendiri , sombong? My ComLuv Profile

  13. Salam….

    Hmmm….betapa dangkalnya penulis komen tu…selepas nabi, tiada lagi manusia yang boleh diberi taraf maksum. Walaupun aku ahli UMNO sejati tapi aku mengutuk sekerasnya kenyataan mcm tu…nmpak sngt 2 penulis komen tu cetek didikan agama…parti tidak merosakkan agama tapi orang dalam parti tu la yg merosakkan agama, x kira sebelah mana dia sokong…kalau dh taksub mcm tu.Bwk2 la bertaubat….masuk kubur nanti malaikat x tanya kau parti mana….

    P/S:Tapi aku ‘curiga’ siapa penulis komen tu…adakah mereka tu ahli yg taksub atau……’si pitung’ yang nk melagakan bangsa kita….fikir-fikirla….

    Salam….

  14. zulfitry.com zulfitry.com (2 comments.) /

    ini bukan masalah politik sahaja..malah lebih daripada itu..walaupun begitu aku percaya , kebanyakkan manusia tidak lari dari melakukan kesilapan..

    namun begitu..pengunaan terma2 di dalam komen tersebut amat tidak bersesuian sekali sebagai umat Islam..

    Ayuh bersatulah umat Islam..
    Politik Kearah Kesejahteraan..Itu Yang Lebih Penting.

  15. Ummul startagain.delirium-noise.net (2 comments.) /

    astghfirullah…
    *geleng kepala*

  16. Azah azahamin.com (5 comments.) /

    dorang ni x pandai berpikir ke ape la?

  17. mario zubairmedia.com (1 comments.) /

    astaghfirullah..apa nak jadi dengan mereka ni..
    jahil sangat ke?tu lah jadinya bila hukum dibuat main-main..sampaikan al-quran pun nak dipersoalkan..
    mario´s last blog ..Kutuk Kemangkatan Sultan Johor:Aduka Taruna Dalam Masalah My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)