Saya suka Nokia 5800 XpressMusic!
May 04
Saya beli phone baru, dulu guna SE sekarang Nokia pula. Nokia 5800 (fifty eight hundred) ini ialah touch phone, tidak mempunyai keypad seperti phone2 kebiasaannya. Baru 2 minggu saya menggunakannya, sepanjang masa asyik bermain dengannya saja sampai laptop pun x pegang sangat. Haha.
Selama menggunakannya, saya tidak menghadapi masalah nak adapt dengan fungsi touch screen. Tidaklah sesukar yang digambarkan orang. Tidak perlu bergantung sepenuhnya pada pen stylus, kerana guna jari pun boleh!
Lihat spesifikasi phone nokia 5800 di sini.
Sebenarnya saya memang tiada niat hendak beli phone baru, tetapi nak buat macamana phone lama, SE K750i tiba2 rosak pula. Adeh, phone tu rosak screen, orang kata nak repair mahal. Jadi, buat keputusan nak beli phone baru.
Kenapa beli touch phone? Kenapa pilih Nokia 5800? Kenapa tak angkut Iphone terus?
Saya memang suka baca berita pasal teknologi dan gadget, dan memang tahu tentang kehebatan dan kecanggihan Iphone. Iphone telah membuat revolusi dalam teknologi phone yang menggunakan touch screen. Kalau tengok drama jepun dan korea, pelakon2 mereka pun guna touch phone dan memang nampak sangat cool dan bergaya.
Nak angkut Iphone satu, mahal sangat. Kalau rm2,3 ribu memang saya tak mampu. Jadi buat research kat internet dan banyak juga model phone yang saya berkenan, seperti phone Samsung Omnia, LG Viewty, Sony Ericsson C905, Sony Ericsson G900 dll.
Baca punya baca satu2 review, terjumpa review yang mengatakan bahawa, terdapat phone yang lebih canggih dan lebih baik dari Iphone. Produk dari Nokia dan modelnya 5800 XpressMusic. Selepas baca banyak komen positif, saya bercadang untuk beli Nokia 5800, lagipun memang dah lama saya nak mencuba phone yang guna Symbian.
Nokia 5800 Xpress Music
Saya beli phone Nokia 5800 dengan harga rm1.3k Zitron punya. Warna hitam, ada dua warna lain iaitu merah dan biru. Saya beli dekat kompleks Bukit Jambul. Dekat lowyat kamu boleh dapat dengan harga rm1280. Kalau nak ikut masa first keluar harga dia rm2k. RM1.3k sekarang kira ok lah tu.
Masa beli phone hari tu, tokey kedai itu nampak gaya macam hendak menipu. Dia kata Nokia Maps kalau nak masuk (download) maps package dia kat kedai kena caj rm150 dan tak boleh hendak buat dengan komputer sendiri dekat rumah. Software Garmin (gps navigation software) pula dia kata nak install kena caj rm50, saya tak tahu tokey kedai itu gunakan software ori atau lanun punya, jadi saya tidak install.
Selepas beli phone, tu gambar pertama yang saya snap guna phone Nokia 5800. Boleh tahan kan kualiti gambar 3.2 MP?
Balik rumah, explore kejap. Tak lama dah terus expert guna touch phone. Kamu boleh guna pen stylus, ataupun benda macam pick gitar untuk tekan on-screen button dan menu. Pick ni boleh sangkut dekat phone supaya senang nak guna. Kalau susah sangat guna jari lagi senang.
Dalam 2 minggu guna phone ni, dah macam2 benda saya belajar. Berpuluh2 jenis software dan games telah saya cuba. Memang menarik. Nokia Maps dan Garmin pun saya berjaya install dengan “percuma”, tak susah sangat pun. Benda boleh buat sendiri pun tokey kedai nak caj sampai beratus? Nonsense!
Nokia 5800 memang sempoi dan cool gila. Post selepas ini saya akan ceritakan kecanggihan phone ini pula. Tunggu ya! Post ini pun dah terlalu panjang sangat dah. Haha! Ciao. ![]()
[nggallery id=2]
Random Posts:
- Cute emoticon pack for shoutmix, cbox, blogger, friendster etc
- My current wallpaper
- Bengang weh shoutbox aku penuh spam!
- Rockyou Super Pets! Cool
- My VixenArt App : Tukar layout friendster anda dengan senang

Addicted to sweet things
Tips menjadi pro user Nokia Smartphone (final)
Emo kid don’t deserve a life
hi…camne u install garmin dlm hp 5800 xm tu?…blh x tlog ajar @ bg guide kat sy?…please, coz dh lama sy nk install tp x tau mcmne…tq ya.
Ko baca entri pasal tips ntuk jadi pengguna pro nokia 5800;
http://eins.jomphp.com/tips-untuk-menjadi-pro-user-nokia-5800.html
assalamualaikum..boyfrnd ana baru ja beli phone ni..tapi skrin dia dah pecah dah.dia terjatuhkan padahal rendah ja..sedih ana,ana baru ja hadiahkan..rasa tak berbaloi langsung
wsalam…alaa ruginya…takleh claim warranty ke? xpun repair skrin je…rasanya tak mahal sangat pun kalau repair skrin…
biasa handphone touch screen memang kena extra cautious…beli la pouch atau rubber/silicon protector
EiNS´s last blog ..Aku perlukan komputer baru…
wahh!!nk beli gak la hp ni..tau x pe kelebihan x6 ngn 5800xm? tgh sevey2 lg..tp bla bca info 5800xm ni best gak..teruja bangat!
Kalau tau guna betul2 sure best…berbaloi la harga murah
x6 ada capacitive screen dan hard disk 16gb kalo x silap…pastu ada free music download…sesuka hati download lagu ko nak secara halal…
EiNS´s last blog ..Tips menjadi pro user Nokia Smartphone final