Tokoh filem sampah vs harry potter
Jul 12
Haritu aku tengok rancangan apa ntah kat tv1, cerita pasal dunia hiburan sikit2. Tetiba lak aku tertarik dengan satu part di mana wartawan memberi kritikan terhadap filem2 Malaysia. Wartawan tersebut memberitahu bahawa ada pengarah filem yang berani menayangkan filem terbarunya pada 17 Julai, serentak dengan tarikh penayangan filem terbaru Harry Potter and the Half Blood Prince.
Pengarah tersebut siapa lagi, kalau bukan Prof A Razak Mohaideen yang terkenal dengan pembikinan filem2 bertahap sampah. Beliau berani mempertaruhkan filem terbarunya ‘Skrip 7707’ berentap dengan filem Harry Potter yang dijangka meletup gila2 musim ini.
Ok post kali ini bukan nak cerita pasal Harry Potter, tapi nak ulas sedikit mengenai filem2 arahan Razak Mohaideen ini. Filem terbaru beliau ‘Skrip 7707’ merupakan filem hantu, menggabungkan 10 cerita seram yang berlaku di Malaysia. Menurut Razak, idea sebegini merupakan pertama di dunia, tak pernah lagi orang buat. (WOW). Oke, filem skrip 7707 juga dibintangi ramai pelakon2 feymes seperti Fasha Sandha, Fouziah Ghous, Jehan Miskin, Que Haidar, Abby Abadi dll. Ramai gila artis berlakon dalam satu filem.
Persoalan di sini ialah boleh ke berjaya konsep yang diketengahkan oleh si Razak ni? Biarpun idea seumpama di dunia siapa kisah sangat? Ada 10 cerita seram dalam satu filem tidak bermaksud filem tu jadi sangat berkualiti dan bagus sangat. Lagipun langkah mengambil ramai artis popular berlakon dalam filem adakah menjamin yang filem itu boleh jual?
Mampu ke berentap dengan filem Harry Potter? Faham2 je la fanbase Harry Potter sangat2 ramai, dan filem Half Blood Prince ini aku dengar memang jauh lebih bagus dari sebelumnya. Aku rasa filem Razak ini akan lingkup, dan bertambah lagi koleksi filem sampah oleh Razak Mohaideen. Even wartawan dalam rancangan tv1 hari tu pun kata filem skrip 7707 mengecewakan, babak2 hantu langsung tak seram dan klise. Even aku google nak cari info pun takde satu pun website/blog yang memuji filem skrip 7707 ini.
Mengapa aku kata filem2 Razak Mohaideen ini sampah? Ini kerana filem2 arahan Razak Mohaideen banyak gila kelemahan, cikai dan kalau sapa tengok memang menyampah. Kalau filem2 lain walaupun orang tak tengok kat wayang orang tunggu nak download kat Memang layak la beliau dilabel sebagai tokoh filem sampah, ye tak?
Kelemahan2 filem Razak Mohaideen;
- Asyik guna pelakon sama, contoh terbaik Saiful Apek, Fasha Sandha, Fouziah Ghous dll. Bosan la beb, bagi la can kat pelakon lain pulak.
- Genre sama jek, takde kelainan dan tak unik langsung. Asal cerita dia je mesti genre romantik komedi dan seram. Cuba la buat sains fiksyen ke, aksi ke.
- Skrip hampeh; penonton menyampah dengan dialog pelakon, jalan cerita filem. Kadang2 orang dah boleh agak apa akan jadi, lepas tu adegan2 filem tidak suspen, malah klise.
- Ada sound effect bangang, kalau tengok filem dia banyak guna sound2 effect mengarut, even gerak tangan, buat gaya pun nak ada sound effect bagai. Rilek2 sudah.
- Lawak bodoh; serius kalau dulu2 aku layan gak cerita si Razak ini tapi bila filem2 baru ni contoh Sifu dan Tongga banyak gila lawak dan adegan bodoh yang tak sepatutnya.
- Eksploitasi populariti pelakon; contoh Maya Karin dan Nabil RL. Si Razak gunakan populariti mereka untuk menarik penonton ke panggung. Come on la beb, orang bukan pegi panggung nak tengok sapa pelakon tapi orang nak filem yang bagus dan berkualiti.
- Selalu bagi alasan filem tak boleh buat gempak2 sebab bajet kecik, tak cam Hollywood bajet ratus2 juta RM. Orang lain filem bajet rendah gak cam filem Pensil dan Gadoh tapi berkualiti apa filem mereka? Walaupun tak pakai pelakon2 top dan mahal tapi filem tetap bagus dan enjoy. Alaa, sedar2 la Razak ko bukan ada talent sangat pun buat2 filem ini. Bagi bajet mahal gila tahap mana pun kalau takda talent maka sampah juga la filem2 ko tu.
Anyway, aku letak trailer skrip 7707 di sini, promo la sikit (padahal tadi kutuk kaw2). Daripada trailer tu korang nilai sendiri la berbaloi ke tak gi nengok cerita ni kat panggung.
Sekian, kalau si Razak tu mai baca apa yang aku tulis ini kan bagus. Arap2 la beliau dapat iktibar dan sedar sikit apa kelemahan2 selama ini dalam filem yang dia buat tu. Sampai bila nak maju kalau dok hasilkan filem sampah tiap2 tahun.
Peace!
Random Posts:
- Happy New Year 2009 (Plus tagged & award!!!)
- My VixenArt App : Tukar layout friendster anda dengan senang
- EiNS, trigger the change
- Kempen I Love Malaysia – Menangi Iphone 3GS dan WD Hard Disk
- Cerita tentang Amir Raja Lawak musim ke-3

Addicted to sweet things
Tips menjadi pro user Nokia Smartphone (final)
Emo kid don’t deserve a life
Eh, serentak ke? Agak sori la nak tengok filem Prof A Razak ne.
Yang ulang tayang kat tb pun aku tak tengok, apa tah lagi nak g panggung. Jangan harap
darkk´s last blog ..Nerd Tapi Malas: Apa itu Browser? 
Aah tayangan serentak…haha sama la…buang masa je nengok cerita prof razak neh…kalau ada main kat astro ke slalu aku skip je
EiNS´s last blog ..Eh, panda dari spesies gajah pun ada juga rupanya 
Haha… nice entri bro.. i like… hahaha!! lawak lawak.. nangis si razak kalau baca…
cerita dia dulu time baru baru buat cerita ok.. masih leh diterima.. tapi bila dalam setahun bersepah filem dari dia, orang dah meluat.. semua cerita bodoh2 jenis nak cepat siap je..
even david teo pon dah blah.. cari pengarah muda macam ahmad idham ngan farid kamil.. which is memberi sesuatu yg lebih baru dan segar.. realiti sebenar malaysia ni..
aku rasa si razak ni patut bermuhasabah.. pergi bertapa ke.. kesian dah aku nengok.. mmg sadis… sangat sadis..
lawan harry potter? dalam 1 juta orang, sorang je la yg nengok cerita ko razak.. renung2kan dan selamat…. rugi..
p.s: bukan x nak sokong filem tempatan, tapi agak2 la.. ukur baju dibadan sendiri…
Khai´s last blog ..Ada Apa Dengan Air Kencing Syaitan?
Kalau muhasabah, bertapa pun takde effect gak kena brainwash kot si Razak ni…cuci otak segala bagai…haha
adeh razak…razak…
SALAM eins..
erm, sebab filem dia jenis “dah agak da” tu org susah nk nengok. utk iburan , ok la kot. tapi jika betul2 nak spend masa tgok wyg, org fikir byk kali nk tgok.
p/s: slalu org tgu tayg kat tb je. “tunggu ke?” ..( opss…)
arnamee´s last blog ..JIWAKU KACO ..
salam anem…
hehe buat filem kos berjuta tapi orang nk tengok tak berbaloi…buat pe kan?
prof myden ni gile kebal dengan segala kutukan, bagi dia orang lain tak faham dan tak tahu menghargai filem, dia seorang je dlm dunia ni yg faham ttg filem. so kalau dia baca entry ni pun dia akan kata yg awak jeles ngn dia kot, hehe,.
amirahsyuhada´s last blog ..A bliss of single life, for few days.
Hahaha…kebal atau bebal nih?
Kalau takleh terima kritikan sampai bila tak maju2 pun? Sampai bila nak hasilkan filem sampah?
wahhhhhhh boleh ke lawan harry porter ni ek. hehe
KNizam´s last blog ..Dah Nak Bulan Puasa Eh 
..kalu razak nye cite sori ar nk tgk, kalu harith aku gerak hati gak…tp kalu harry potter, aku layan buku je…hehhe
ashie´s last blog ..Gomuwah!!!
Harith? harith iskandar ke?
harry potter dia kena layan dedua baru syok…
buku layan, movie pun tengok
hahahah…
nnt klau a razak baceni…
pastu die saman ko cmane?
hahahahahahaha…
ak xnk bertanggongjawab…ha3
zelo55´s last blog ..Eminem – Beautiful (Downlad, Video, Lirik)
Kenapa nak saman aku? Aku kritik je…selit beberapa fakta sedikit…hahaha…
dia nak saman, meh aku duduk depan lempang dia ber’das das…
Khai´s last blog ..Ada Apa Dengan Air Kencing Syaitan?
ades..filem razak nie memang bangang…..tapi tak leh salahkan dia gak..sebab ada golongan2 yang suka filem dia…and dia tak penah rugi wat filem..walaufun filem dia bangang dan langsung tak mendidik penonton….
pear´s last blog ..Cara menaikkan TRAFFIK dengan pantas!
Dulu dia boleh bangga filem cikai pun kutip juta2…tapi kalau berterusan buat filem bangang lama2 orang boring dan takkan tengok lagi filem dia…
Ambik contoh filem baru, rasukan ablasa dan sifu tongga…aku rasa filem tu tak laku pun…
mami jarum dah tak ada ke? kahkah.
marzuki´s last blog ..Memasang Label Cloud
Yang mami jarum dll tu ok la gak…
cuma filem bebaru ni makin hampeh…kehabisan idea atau takat tu je tahap dia boleh pergi?
kesian plak dia kena hentam.. tp takpa.. hentam jgn tak hentam.. bg dia sedar sket.. dah jemu filem sama jew jenisnya.. hukhukhuk..
Luth Textile´s last blog ..Artis, Peminat dan Mp3
Aku pun xtau tetiba je rasa nak hentam beliau…aah bagi sedar sket…dia tak sedar lagi tu orang makin tak suka filem2 dia…
sape razak mohaideen tuh.pengarah movie ke.hahahaha xnak ah ngaku die direktor msia kalo wat2 filem xbemutu nih.
acadterror´s last blog ..9 Cool Emoticon untuk dirembat
Aah…ler takkan tak kenal razak mohaideen…satu malaysia kenal tuu…tokoh filem sampah bro…bukan calang2 orang
Aku pun memang dah lama tak tengok filem arahan mamat ni. Tah. Yang terakhir cerita apa pun aku tak ingat.
Mula-mula dengar konsep cerita ni, memang aku berazam nak tengok. Tapi, bila dpt tahu yang mamat ni yang arahkan. Jadi tak suka pula. Benci2..
PakciQue´s last blog ..Drama GHOST Musim-2 – Episod 13 | Akhir | Finale
Pergh…pernah berazam nak tengok tuu…hahah…takyah la tengok…membazir masa/duit/peluh je…hahah tunggu main kat asteruk je…
wohoho nampak sangat ketidak-best-an dia. aku peminat cerita seram gak. huhuhu cam standard keliwon jaaa
lilacfla´s last blog ..i wear hijab and i am proud of it!
Layan keliwon sudah…citer razak tunggu kejap je nanti ada la keluar lam asteruk ke, xpun tibi 3, tivi 9 time nak musim2 raya atau cuti ke…
EiNS´s last blog ..Twitter aku dah kena suspend?
gila lah!
comfirm tangkap touching prof kalau bace entri neh! bravo bravo!
blinkcup182´s last blog ..Harry Potter? Lame!
hampir 90% kenyataan yang korang keluarkan, aku sangat setuju… dia sebenarnya tak layak bergelar profesor dr. kata mengajar ttg filem, tapi kehendak penonton langsung tak diambil kira…bila kita kutuk, komen dan kritik, katanya kita tak bijak dan tak pandai menilai… dia lupa ke siapa yg tonton…filem dia memang sampah dan membazir minda kita sebagai penonton yang mampu berfikir. kalau ya pun filem itu sekadar hiburan..biarlah hiburan yang berinformasi!!
Aku dan tgk harry potter tu tak best pun.. x mcm filem2 Harry potter yg lain, bosan sial.. byk sgt yg bercakap.. yg bestnye byk sgt aku tgk org yg tido time tgk citer tu..siap bila filem dh hbs pun ade gk yg masih berdenkur hehhee.. malam ni aku cdg nk tgk citer Prof. Razak ni, harap2 aku tak tdo la..
aku dh tgk citer obsessed, mmg best. xla melalut sgt mcm citer Harry potter tu.. bosan giler
assalamualaikum…pertama skali, aku ucapkan tahniah pada penulis blog kerana berani menyatakan isi ati dia selama ni terhadap a.razak mohaideen.
aku xde la nk mhentam lagi filem ni sebab korang dh hentam dl (huahuahua). utk pengetahuan smua, aku bkn la peminat film beliau dr minah jarum smpi la hr ni (choi!)
ok la. sbg seorang pelajar filem yg antara terawal skali menonton filem Skrip 7707 ni, aku rase ni la filem seram dia ‘yg plg seram’ pnh aku tonton (mksdnye among citer2 seram dia yg lain la, jgn bndg dgn pengarah lain. mmg x lps pun) compare to mistik, potret mistik dll (rasukan ablasa aku x tgk lg).
aku tulis komen dicni bkn sbb nk msokong citer2 beliau tp skdr bkongsi pdpt & pengalaman ttg ‘tokoh film smph’ ni.
Tajuk Skrip 7707 ni diambil bsempena tarikh shooting dwat, 7 julai 2007 (x slp aku la tp bsangkut paut dgn tarikh pntg citer ni). 7 watak utk 7 citer. dan x silap aku, mase thn film ni dwat, fasha sandha ni br nk femes kot (sbb kwn aku blakon gak citer ni). ttg p’ambilan pelakon femes2 ni mmg aku stuju la sbb resepi dia cmtu. kalo thn tu yg tgh femes Nabil, maka dia akan amik Nabil blakon. huhuhuhu…
ttg tarikh yg same ditayangkan serentak dgn hero comey ku Harry Potter, ade 2 je alasan yg blh aku beri. samada razak pilih tarikh tu sbb nk samekan tarikh dgn yg aku ckp td (bulan julai gak), atau sbb pawagam yg beri tarikh tsebut. ini kerana tarikh penayangan ssbuah film di malaysia ini (utk film tmptn je), dttpkn oleh pihak pawagam & kalo nk book tarikh penayangan, kene bncg dgn phk pwgm. itu slh 1 sistem di malaysia yg sgt msusahkn pbikin film. so maybe razak tpakse amik tarikh tu mmndgkn xde plhn lain & lgpun film ni dh tlalu lame dhasilkn (2 thn lps) ttangguh akibat sbb2 teknikal (ade la…). cth tbaik mcm citer afdlin shauki, Sumola. bkn dia mntk tarikh tu sbb dia tau ms tu film hbt dr Barat akn dtygkn pd tarikh tsebut (spiderman ke ape tah. tp mmg film tu gah la), tp tu je tarikh yg free phk pawagam bg. afdlin dh mengeluh sbb dia tau film ni akn dpt impak kerana bsaing dgn film barat pd ms yg same dtygkn. as the result, ape yg ditakuti afdlin mmg tjadi : film dia x dpt kutipan mberangsangkan. cian afdlin…akibat diskriminasi…
ttg Harry Potter, aku x tau la nape. tp feedback yg aku terime dr kwn2 ku, mereka kate film HP kali ni sgt mengecewakan dorg (aku x tgk lagi). antara alasan yg diberi, durasi film tlalu pnjg dr bese msbbkn penonton jd bosan (aku x tau la kalo dh pnjg2 ni dtmbh lak dgn sesi dialog yg pnjg meleret) & x pueh ati dumbledore mati. hahahahah! tp stkt ni smua mengeluh tgk HP. pape pun aku yakin HP xkn kecewakan aku (^_^)
dr dl smpi skrg, aku x pnh suke tonton film razak tp aku msh ikuti pkmbgn filmnyer. aku akui, tdpt bbrape peningkatan dr segi teknikal dlm filmnyer tp skrip/jln citer…aku rs mmg almost xde peningkatan pun (huhuhuhu).
ttg pelakon femes yg diguna b’ulang2 kali, aku rs dia gune sistem cenggini :-
-dlm kontrak dgn artis2 dia ni, aku rs dorg sign 1 kontrak utk bbrape film trs. maknenye artis akn stuju & sign, bkn hanya utk film yg dorg akn shooting (cth:minah jarum) pd ms tu, tp utk film2 razak akn dtg (mistik, potret mistik, 7 phentian). cmtu la kot, smpi la tmph expired pjanjian. kalo x, cmne lak pelakon2 ni blh blakon dlm film dia 3 film straight? huhuhuh…
ttg skrip lak, slalunyer idea beliau, x pun adik beradik dia. x pun idea dia, srh org len tls skrip utk dia. (pape pun msh idea dia gak ler). but ade gak film dia, dr pengalaman dia sdiri. papepun dr dia la.
ttg teknikal lak, jgn la korg slhkn teknikal dia (cameraman, editor dll). dorg ni m’ikut arahan pengarah & penerbit je. editor akn bc skrip & bygkn shot2 tu nk dsunting bgimana + ape yg pengarah nk. slalunyer shot, sound, efek dll akn dtmbh atau dbuang stlh pengarah/penerbit dh review kali pertama (tgk dorg pueh ati atau x). kalo x pueh ati & dia nk tmbh lg sound, editor kene la tmbh (wlupun bg dia bende tu x perlu) sehingga klien dia pueh ati (ssh woo jd editor).
bg aku, wlupun film2 dia nmpk gtu tp ade improvement la dr segi teknikal & efek. tp dr segi skrip, sgt2 menyedihkan. dialog juga ade yg x seswai & xde kene mengena dgn citer.
punca utama gak film2 dia jd cenggini sbb dia tlalu kjr ms shooting & nk cut bajet. so smua org btungkus lumus bekeje 24/7. sbb tu krew2 dia x pnh stay lame. konsep dia yg 1 ni la msbbkn aku x stuju dgn dia, ‘wat film utk cr duit/keuntungan’. sbb dia riso kalo dia wat citer yg bgs mcm hati malaya, talentime & qaisy & laila, x dpt pulangan. ntah la…penonton malaysia ni pun 1! dh wat lelok citer bmanfaat, x g pawagam lak (ni btl2 aku mrh! x hargai lgsg!)
ttg bajet bsr, kecik ni…maybe sbb bajet citer2 pengarah2 glamer ni bsr dr produksi kecik2 ni, so dorg lbh pntgkn props, lighting, sinematografi & sbgnyer . kalo produksi kecik2 atau yg dpggl indie ni, dorg juz wat skdr yg ade tp yg bgsnyer, dorg ni fokus pd cerita tsebut sbb bajet dorg sgt ciput. so jgn pelik kalo stail gerakan kamera dia ala2 doku, realiti sbb sewa kamera Beta & seumpamanya sgt la mahal! dh ade sebijik, shooting blh jln. kalo film bajet bsr ni, aku tgk mostly x fokus pd jln cerita sbb dorg fokus gak bende lain (spt yg aku trgkn td & ini bonus bg mereka yg bajet bsr).
prof.madya a.razak mohaideen? korg rs x ptt dia dpt gelaran ni sbb film2 ‘sampah’ dia? yup! aku sgt2 x stuju dgn gelaran ni kalo based on film2 dia. tp dr segi knowledge dia ttg film (teknikal & teori), aku rs dia layak dipanggil prof memandangkan knowledge dia yg bnyk tu. sbbnyer aku pnh pndg rndh pd dia smpi la dia bgtau psl teori2 teknikal film & sbgnyer, aku sgt2 kagum dgn beliau. tp malangnyer tidak pada film2nyer. kdg2 aku pikir dia x seswai jd pengarah & layaknyer jd pensyarah je. skrip dia bg aku, sgt2 lemah & x menarik sgt peratianku. huhuhuhu…tp bbrape film dia sjk akhir2 ni ‘berani’ wat latar blkg tmpt yg pelik2 mcm duyong & sifu & tongga. aku suke p’ubahan tu je. hihihihi…
harus diingat! film adalah medium hiburan kepada penonton disamping mendidik. jd target mdidik atau x tu, tpulang pada sambutan penonton tu sendiri terhadap sesuatu film tersebut. kalo rmi yg tgk film razak sbg release tensen stlh pnt bekeje (utk gelak2), maka sbb tu la film dia mdpt smbtn hangat. kbtln ms tu film2 tmptn kat pawagam x bpe bnyk dhslkn. dia sorg je yg rjn. so dia dh mbuka pasaran pd produksi2 lain agar bsaing dgn film dia yg dpt kutipan jutan2 tu. lgpun penonton mcari film yg mudah & x perlu memerlukan dorg bfikir. juz segolongan kecil je yg mahukan cerita yg mdidik kesedaran mereka.
skrip 7707 bg aku, blh la ditonton. x trk sgt. ade improvement dr beliau. aku juz x pueh ati dgn poster citer ni je! awat bodo sgt? skali tgk mcm poster pmpuan, isteri & …. x seram lgsg! poster je pun dh cibai! cmne nk trk peratian penonton? konpius depa, ni citer jalang ke citer seram. hahahahhah!
akhir skali aku nk nyatakan, aku bkn la nk back up dia ni tp skdr bkgsi pengalaman & pengetahuan yg aku tau dgn korg. pape pun aku sgt suke post ko ni! sgt2 jujur! wahkakakakak!
ok chao!
p/s: jgn lak lupe. kalo tiket HP abis, penonton tpakse cr film lain utk ditonton, mcm Skrip 7707 ni. nk wat cmne? dh xde plhn. so dorg tpakse msumbangkan duit utk citer2 lain.
panjang betul komen kau. ah boleh buat entry lagi satu dah ni.
hihi.
=D
ape2 pun ; mami jarum ke rasukan ablasa ke tu sume hak tuih.
bagi tiket free pon aku takmo pegi ahh.
fuh. I like your explanation. tp ak still pikir, filem kna mndidik masyarakat. Walau cmne komedi pon, kna selitkn moral2 values yg dpt didik org. Kalu x, Malaysian & Malaysia akan trus kebelakang. Trust me.
hmm. cmne truk pon HP, ak rse ak akan tgk sbb ak dh bace sume HP volumes. huhu
and kalo tiket HP abis, ak rse org akan cr pawagam lain. xpon balik umah tido.
MuNsYi-SaMa´s last blog ..English or BM
aku pun x mo kalo bg tiket free! baik lepak umah tgk tv suda! kn2? tp sbb lg rmi tonton la, aku kene amik tau nape dorg2 ni suke sgt tgk citer dia. pelik aku.
mmg kutuk kaw2 ya
tapi bg aku crita dia quite okay ler ..
tp cuma xde x-factor .. xde umphhh..
hydir´s last blog ..Debate: Will Adebayor haunt Arsenal this season? 
kreativiti itu anugerah .. bukan di buat2
idea filem yg pertama kt dunia? ak rse ade Filem jepun konsep cmni gak. xingat lak filem pe.
Tp ak stuju, mmg sakit hati nk tgk filem die, even tgk kt Astro je. Nk donload filem die?sorila. Idea tu kena bkembang. Paling xleh blah cite sifu & tongga tu. ak xphm nape kna wat cite cmtu.
ak suke lg filem afdlin.
MuNsYi-SaMa´s last blog ..English or BM 
haha cerita dia tak lah langsung x best walau ada ja yang hampeh.
kekadang aku tak paham langsung….nama pun prof…tak tau bezakan filem bagus ngan yang tak bagus ke? aku tak paham ni…aku bukan nak cakap aku ni pro sangat…tapi at least lepas tengok aku tau bezakan pilem yang ada quality ngan pilem yang merepek..